
Salam, hope semua sihat alhamdulillah..
Umum tahu semalam 21 Nov 2011 tercatat kenangan manis untuk skuad bola sepak Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila berjaya menawan "mother of gold" sekaligus membenamkan keangkuhan pihak lawan, Indonesia. Malaysia menumpaskan Indonesia 4 -3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak SUKAN SEA di Stadium Gelora Bung Karno.
Huh..gila proud babe..! Semangat toksah cakap la, memang membuak buak la time tu.. Sampai hari ni aku g kerja pun head to toe pakai kuning + hitam okayhh. :) Aku ni bukanlah peminat tegar bola sepak, tapi boleh la kalau setakat nak layan and that night negara sendiri main pulak kan, final lak tu..perghhh, macam aku pulak yang ada kat tengah padang Gelora bung karno tu...hahaha..feel dia semacam babe ! Bila 1st half tu kira ok lagi, masuk je 2nd half time tu la rasa tak senang duduk, rasa senak dada la, semput la, jantung nak luruh la..rasa nak masuk dlm tv tu pun ada..hahaha..! Malam tu aku tgk dgn *Mr him* dekat umah, dia lagi la toksah cakap..menjerit macam org nak bergaduh! tak lekat bontot dia kat kerusi bila bola dah dekat dengan pintu goal.
Part defenders kita memang agak lemah, nak kata lemah sangat pun tidak cuma apa yang aku nampak agak leka (cehh..cakap macam pandai main bola pleksss!) Tapi memang betul pun, ramai peminat bola Malaysia yang bagi feedback macam tu. dan malam tu agak geram dengan cara permainan Fakri dan Thamil arasu, memang agak mengundang kemakian orang..tapi apapun mereka dah cuba pamerkan permainan yang terbaik.
Part yang paling "horror" masa penalti..perghh time ni memang boleh buat orang heart attack babe..silap2 boleh penuh IJN terima pesakit heart attack malam tu..hehehe. Memang gila mendebarkan la time ni, meremang bulu roma aku. Tapi tula kan, Allah tu dah tentukan rezeki kita. Ikutkan Malaysia banyak sangat peluang untuk jaringankan goal dalam masa 120minit tu. Tapi Allah dah tentukan kejayaan kita di tendangan penalti. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah.!
Congrats to all youth tiger players! Kamu semua memang membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia! Malaysia dah buktikan pasukan terbaik bola sepak di asia tenggara.
Takdir
hooorayyyyyy ! We won !!! Dun play2 with tigers!
p/s: Geram ngat dengan org2 indon yang tak bertamudan dan kurang ajar tu..TAK SEDAR DIRI .!!



No comments:
Post a Comment